Perak Untuk S’Pura

Pencapaian menyamai kejayaan Tan Howe Liang di Rome

OlehMohd Sani Ali Dari Kaca Tv

HASRAT negara untuk memungut pingat emas di Sukan Olimpik tidak menjadi kenyataan.

Bagaimanapun, penantian seluruh warga republik untuk menyaksikan sebutir pingat dibawa pulang dari temasya sukan berprestij di Beijing kali ini menjadi kenyataan malam tadi.

Selepas 48 tahun, barisan pemain tenis meja wanita yang diketuai oleh Li Jiawei, bersama-sama Feng Tianwei dan Wang Yuegu, akhirnya mengesahkan sebutir perak bagi peminat sukan tanah air – menyamai pencapaian yang dinikmati oleh ahli angkat berat negara, Tan Howe Liang, di Sukan Olimpik Rome pada 1960.

Inilah hadiah paling manis bagi negara yang masih lagi merasakan keseronokan perayaan Hari Kebangsaan yang ke-43 pada 9 Ogos lalu.

Walaupun tumpas 0-3 di tangan China, pasukan tuan rumah yang menjadi pilihan untuk merangkul emas, para pemain Singapura boleh berbangga dengan persembahan mereka kerana tampil sebagai satu-satunya pasukan yang mampu memungut satu set dalam perlawanan perseorangan pertama dan kedua.

Sepanjang perlawanan antara berpasukan yang pertama kali diperkenalkan di Sukan Olimpik, China tidak pernah keciciran walau satu set pun dalam laluannya ke final.

Harapan Singapura untuk mencuri satu mata menerusi Feng Tianwei, pemain yang muncul sebagai srikandi ketika mengatasi Korea Selatan 3-2 di separuh akhir, dikejutkan oleh tuan rumah apabila mereka menampilkan pemain nombor lima dunia, Wang Nan.

Tianwei, yang mengharapkan pertemuan dengan pemain nombor satu, Zhang Yining, kelihatan hilang rentak permainan selepas memenangi set pertama 11-9.

Riak wajah pemain yang diturunkan sebagai pemain pertama itu jelas gugup.

Kemenangan set pembukaan seakan gagal meringankan tekanan yang dipikul di bahunya apabila beliau mula melakukan kesilapan demi kesilapan dalam set kedua dan seterusnya menyerah mudah 3-11.

Usahanya untuk bangkit dalam set kedua dan ketiga gagal membawa hasil apabila Nan lebih kelihatan selesa mengawal permainan untuk menang mudah 8-11 dan 6-11.

Kedudukan Singapura untuk memungut mata penyamaan kini dipikul oleh Jiawei.

Pemain nombor enam dunia itu berdepan dengan Yining, pemain yang belum pernah dapat dikalahkannya sebelum ini.

Dan sekalipun rentak permainan yang dipamerkan oleh Jiawei tetap meyakinkan, yang nyata jurang permainan antara kedua- dua pemain itu tetap luas walaupun begitu Jiawei masih mampu mencuri set pertam 11-9.

Set kedua seolah menjadi miliki China apabila setiap serangan Jiawei dibalas dengan pukulan-pukulan yang mengancam, justeru tidak hairanlah apabila Yining menang selesa 11-3.

Arus serangan terus memihak kepada Yining yang lebih mantap dan lebih tangkas untuk memaksa Jiawei melakukan kesilapan dan akhirnya tumpas 4-11 dan 7-11.

Jiawei, yang kemudian turun bergandingan dengan Wang Yuegu dalam acara beregu, juga gagal menyaingi ketangkasan pasangan China, Yining dan Guo Yue.

Pertarungan itu berat sebelah dan berkesudahan 11-8 11-5 11-6 bagi membolehkan China menang mutlak 3-0, sekali gus mengakhiri impian negara untuk memungut pingat emas pertamanya.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: