Rebecca Atlit Kedua Raih Pingat Acara Berbeza


BEIJING: Atlit Britain, Rebecca Romero (gambar) mencatat sejarah Olimpik semalam apabila menjadi wanita kedua memperolehi pingat menerusi dua acara berbeza di Sukan Olimpik.

Rebecca mendominasi final lumba basikal kejar-mengejar individu untuk menewaskan pelumba Ireland Utara, Wendy Houvenaghel selepas mencatat masa kemenangan tiga minit 28.32 saat dalam acara sejauh tiga kilometer itu.

Lesya Kalitovska dari Ukraine menewaskan pelumba New Zealand, Alison Shank untuk membawa pulang gangsa.

“Ia bukan seperti yang saya bayangkan tetapi ia sesuatu yang ajaib!” kata Rebecca.

“Ia amat menakjubkan. Saya bangga dengan diri saya. Jika ia sesuatu yang mudah, sudah tentu ramai yang melakukannya. Saya mahukan emas. Saya mahu menjadi juara. Kini saya mencipta rekod untuk dikenang,” katanya.

Kemenangan yang diraihnya adalah yang pertama buat Britain dalam acara berpasukan, sehari selepas rakan senegaranya Bradley Wiggins mempertahankan acara kejar-mengejar individu dalam perlumbaan sejauh empat kilometer.

Rebecca, yang memenangi pingat perak Olimpik dalam sukan mendayung empat tahun lalu menerusi acara quadruple sculls, mengikuti jejak atlit Jerman Timur, Roswitha Krause.

Roswitha menang perak dalam sukan renang di Sukan Olimpik Mexico 1968 menerusi acara 4x100m berganti-ganti dan kemudiannya memperolehi perak bola baling Sukan Olimpik Montreal 1976 selain gangsa acara sama di Sukan Olimpik Moscow 1980. – AFP

“Saya tentunya kecewa jika mendapat perak,” kata Rebecca yang menyertai acara berbasikal secara serius pada 2006 selepas menarik diri daripada sukan mendayung berikutan masalah belakang yang berulang.

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: