Separuh Olahragawan Singapura Ke Olimpik Beijing Adalah Bakat Asing

SEPARUH daripada 25 olahragawan yang mewakili Singapura ke Sukan Olimpik Beijing adalah bakat asing yang telah menjadi warga.

Selain menyumbang kepada ekonomi, ‘bakatbakat asing’ turut memperkasa taraf sukan negara ini, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Beliau berkata, Singapura mempunyai jumlah penduduk yang kecil – hanya empat juta berbanding China dengan 1.3 bilion penduduk.

‘Berdasarkan jumlah penduduk, China akan menang 300 pingat sebelum Singapura ada peluang menang satu pingat.

‘Oleh itu kita tidak boleh bergantung hanya kepada bakat setempat.’

Pencapaian negara ini di Sukan Olimpik adalah satu contoh baik.

‘Kita kini ada Tao Li yang berjaya bertanding di peringkat akhir dalam acara renang dan pasukan tenis meja wanita kita pada malam ini sedang bertarung untuk memenangi pingat perak atau pingat emas.

‘Kerana kita mengalu-alukan kedatangan bakat asing, kita berupaya bertanding di peringkat lebih tinggi.

‘Kita boleh berbangga dengan Pasukan Singapura dan memberi sokongan kepada mereka,’ ujarnya.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: