Wanita Australia Atasi Rekod Dunia

BEIJING: Selepas dilanda kekecewaan demi kekecewaan, pasukan renang wanita Australia akhirnya mengukir senyuman emas di kolam renang Sukan Olimpik Beijing.

Ini menyusuli kejayaan mereka menguasai acara 4×100 meter kuak rampai dan memenangi pingat emas dengan rekod dunia yang baru.

Selepas memulakan dengan agak perlahan dengan Emily Seebohm sebagai perenang pertama Australia, Leisel Jones, sebagai perenang kedua, berjaya meningkatkan saingan dalam pusingan kuak dada sebelum Jessicah Schipper meletakkan Australia di depan dalam acara kuak kupu-kupu.

Kemudian tiba detik-detik mendebarkan apabila perenang veteran Olimpik dari Amerika Syarikat, Dara Torres, berjaya membangkitkan saingan sengit bagi pusingan terakhir – gaya bebas.

Namun begitu, pemegang rekod dunia dari Australia, Libby Trickett, berjaya mengekalkan kedudukan pasukannya di depan dan menamatkan perlumbaan dengan masa tiga minit 52.69 saat.

Amerika terpaksa berpuas hati di tempat kedua dengan 3:53.30 minit.

‘Acara ini benar-benar mencabar. Sebagai perenang terakhir, ia satu penghormatan,’ kata Trickett, di akhir perlumbaan. — Xinhua.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: