Azizulhasni Terpaksa Akur

Daripada Norbakti Alias di Beijing
norbakti@nstp.com.my

Juara dunia berganda terlalu kuat untuk ditundukkan

JUARA dunia berganda, Chris Hoy dari Britain jelas lawan yang terlalu kuat buat pelumba negara, Azizulhasni Awang yang terpaksa akur laluannya hanya setakat suku akhir acara pecut individu Sukan Olimpik di Velodrom Laoshan, semalam.

Azizulhasni, 20, satu-satunya pelumba Asia daripada lapan peserta di peringkat itu, tewas 2-0 kepada Hoy yang juga juara acara keirin, Sabtu lalu.

Kekalahan itu sememangnya diduga kerana pertemuan itu bak pertarungan gergasi dengan si kerdil tetapi pengalaman di Beijing pasti sesuatu yang berharga buat pelumba berasal dari Dungun, Terengganu itu.

“Azizulhasni tetap memberi tentangan kepada Chris khususnya pada perlumbaan pertama.

“Pengalaman nyata menjadi pemisah antara kedua-duanya tapi bagi saya persembahan Azizulhasni di Olimpik ini tidak mengecewakan biarpun ini adalah penampilan pertamanya,” kata pengurus pasukan, Abu Samah Wahab yang juga Presiden Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (MNCF).

Azizulhasni beraksi dalam ketiga-tiga acara yang layak disertai pelumba negara di Beijing iaitu pecut berpasukan, keirin dan pecut individu.

Malah, dia menjadi sandaran terbaik MNCF untuk mendapatkan pingat dalam acara keirin tetapi kesilapan taktik dalam perlumbaan pusingan keduanya menyaksikan dia gagal mara ke final biarpun hanya bersaing dengan tiga pelumba lain bagi mencari tiga tiket ke peringkat akhir.

Mengenai perancangan buat Azizulhasni, Abu Samah berkata pelumba itu akan terus menyambung latihan bersama pelumba trek kebangsaan yang lain di Melbourne, Australia sebagai persediaan untuk menghadapi Sukan Asia dan Sukan Komanwel 2010.

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: