Bryan Buru Separuh Akhir

KONSISTEN adalah kunci untuk penerjun negara, Bryan Nickson Lomas menggapai impian mara ke separuh akhir acara 10 meter platform Sukan Olimpik kali ini selepas hampir berjaya melakukannya di Athens empat tahun lalu.

“Tahap kesukaran rutin saya masih sama, jadi saya perlu lebih konsisten,” kata Bryan yang acaranya akan berlangsung, Jumaat ini.

Hanya setinggi 1.54m dan seberat 47kg, penerjun berumur 18 tahun dari Sarawak itu mencatat beberapa rekod untuk layak buat kali kedua ke Olimpik.

Empat tahun lalu, Bryan menjadi tumpuan sebagai atlit paling muda di Athens dan menamatkan saingan di tempat ke-19 – sekali gus gagal ke separuh akhir dengan perbezaan satu kedudukan.

Disebalik semua itu, atlit pemalu dari Sekolah Menengah Stutong itu enggan menggembar-gemburkan peluangnya di sini.

“Selepas mengambil bahagian dalam satu Sukan Olimpik, saya kini lebih berpengalaman dan lebih yakin. Saya meletakkan peluang saya sebagai amat berharap berjaya mara ke separuh akhir,” kata penerjun itu yang diberi nama oleh bapanya sempena nama bekas pemain bola sepak Manchester United, Bryan Robson.

Sebanyak 30 penerjun menyertai saingan. Mereka termasuk Lin Yue dari Chin yang sudah meraih satu pingat emas daripada acara 10m terjun serentak dan Gleb Galperin dari Russia yang sudah memperoleh pingat gangsa, juga daripada acara terjun segerak. – Bernama

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: