Chong Wei Terima RM300,000 Esok

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara, Lee Chong Wei, yang meraih perak pada Olimpik Beijing Ahad lalu, akan menerima ganjaran RM300,000 dan pencen seumur hidup RM3,000 yang dijanjikan oleh kerajaan pada satu majlis di Pulau Pinang, esok.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menyampaikan cek ganjaran itu dalam satu majlis di negeri kelahiran pemain itu, malam esok.

“Kita menunaikan janji kepada Chong Wei,” katanya ketika dikunjungi pemain badminton nombor satu negara itu di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Selain Chong Wei, Najib yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan, turut bertemu semua pemain badminton negara ke Sukan Olimpik Beijing selain jurulatih Misbun Sidek dan Rexy Mainaky serta bekas ketua jurulatih kebangsaan Yap Kim Hock.

Turut sama Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Mohd Nadzmi Salleh dan Setiausaha Kehormat BAM, Gangga Rao.

Terdahulu, rombongan skuad badminton mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki, Chong Wei tewas kepada jaguh China, Lin Dan, sekali gus menghampakan harapan rakyat Malaysia untuk melihat emas pertama dibawa pulang daripada Sukan Olimpik.

Kerajaan telah menetapkan bahawa atlit negara yang memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik akan datang akan menerima insentif RM1 juta, pemenang perak mendapat RM300,000 dan gangsa RM100,000.

Bagi pasukan yang memenangi emas pula, kadar minimum yang ditentukan ialah RM150,000 untuk setiap pemain.

Pencen bulanan pemenang pingat emas dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM5,000, perak daripada RM1,500 kepada RM3,000, dan gangsa daripada RM1,000 kepada RM2,000. – Bernama

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: