Kemelut Tidak Selesai Di Beijing

Oleh Meor Hisham Zulkifli dan Hasnira Hassan
bhsukan@bharian.com.my

BAM rombak beregu

BAYANGAN yang menjelma memberi petanda betapa barisan pemain beregu negara bakal dirombak dalam usaha Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memastikan mereka mampu memberikan saingan bermakna di pentas antarabangsa.

Berikutan kegagalan beregu emas, Koo Keng Kiat-Tan Boon Heong dan Lee Wah Wah- Choong Tan Fook memberikan aksi mantap di pentas Olimpik Beijing, Presiden BAM Datuk Nadzmi Salleh menegaskan, gandingan ini mungkin dipecahkan.

“Sebelum Olimpik, kita berasakan bahawa kemelut antara pemain dalam skuad beregu sudah pun berakhir, namun keadaan sebaliknya ketika di Olimpik. Kita mungkin akan pecahkan mereka atau mencari pasangan baru.

“Mereka sebenarnya mempunyai bakat dan kemahiran tinggi namun persefahaman kelihatan tidak begitu baik sehingga menyebabkan pasukan beregu negara gagal menyerlah,” katanya yang jelas merujuk kepada gandingan Boon Heong dan Keng Kiat.

Satu lagi gandingan beregu negara, Fairuzizuan Mohd Tazari-Mohd Zakri Latif, tidak beraksi di Beijing, terhalang akibat ranking dunia yang rendah, meskipun menunjukkan peningkatan ketara menjelang saingan di Beijing.

Nadzmi juga berkata, bukan menjadi amalan BAM menuding jari di sebalik kegagalan malah berikrar memperhebatkan usaha mengemaskini sistem pembangunan pelapis bagi meneruskan kesinambungan melahirkan pemain bertaraf dunia.

Mengakui sasaran sebenar BAM sebelum Olimpik Beijing adalah sekurang-kurangnya satu emas daripada pemain perseorangan, Lee Chong Wei, Nadzmi berkata sasaran kini beralih kepada menyediakan skuad lebih mantap.

Nadzmi berkata, BAM akan segera membincangkan program pembangunan ini dan dalam masa sama akan membuka lebih banyak peluang kepada atlit muda untuk bertanding di peringkat yang lebih tinggi.

Sementara itu, beratus-ratus penyokong memenuhi balai ketibaan KLIA bagi menyambut Lee Chong Wei yang mencatat sejarah meraih pingat perak sulung acara perseorangan lelaki yang juga pingat tunggal negara di Beijing setakat ini.

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: