Konsisten Kunci Bryan Gapai Impian


KONSISTEN menjadi kunci untuk penerjun negara Bryan Nickson Lomas menggapai impiannya mara ke separuh akhir acara 10m platform Sukan Olimpik kali ini selepas hampir berjaya melakukannya di Athens, empat tahun lalu.

“Tahap kesukaran rutin saya masih sama, jadi saya perlu lebih konsisten,” kata Bryan yang acaranya berlangsung, Jumaat ini.

Memiliki ketinggian 1.54m dan berat 47kg, penerjun berumur 18 tahun dari Sarawak itu layak kali kedua ke Olimpik.

Empat tahun lalu, Bryan menjadi tumpuan sebagai atlit paling muda di Athens dan dia menamatkan saingan di tempat ke-19 serta gagal ke separuh akhir dengan perbezaan satu kedudukan.

Pada 2005, dia menjadi atlit pertama negara layak ke peringkat akhir kejohanan dunia di Montreal. Tahun lalu, Bryan menduduki ranking ketujuh Kejohanan Terjun Dunia dan mencatat pencapaian sama dalam Kejohanan Akuatik Dunia FINA tahun ini di Melbourne.

Di peringkat Asia Tenggara, dia tiada tandingan di Sukan Sea.

Di sebalik semua itu, atlit pemalu dari Sekolah Menengah Stutong itu enggan menggembar-gemburkan peluangnya di sini.

“Selepas menyertai Sukan Olimpik sebelum ini, saya kini lebih berpengalaman dan yakin,” kata penerjun itu yang diberikan nama oleh bapanya sempena nama bekas pemain bola sepak Manchester United, Bryan Robson.

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: