Phelps Memang Hebat: Trickett

REKOD menakjubkan lapan emas milik Michael Phelps menghapuskan halangan untuk semua perenang dan menjadi sesuatu yang mustahil kini mampu digapai, menurut pemegang rekod dunia acara pecut wanita dari Australia, Libby Trickett, semalam.

Bintang Amerika Syarikat itu jadi bualan di Olimpik Beijing selepas memenangi tujuh daripada lapan emasnya dengan rekod baru dunia, kecuali 100m kuak kupu-kupu dimenanginya dengan jurang 0.01 saat hasil catatan masa terbaik peribadi.

Sepanjang laluan gemilang itu, Phelps mengatasi rekod tujuh emas Mark Spitz dalam satu temasya Olimpik 1972 dan dia kini punya emas Olimpik terbanyak, dengan 14 pingat, berbanding atlit lainnya.

“Memang istimewa untuk terbabit dalam sukan renang pada era perenang lelaki terhebat bertanding dan untuk berpeluang melihat apa yang dilakukannya adalah sesuatu yang menakjubkan,” kata Trickett, yang meninggalkan Beijing dengan empat pingat – dua daripadanya emas.

“Ada kalanya dia menghancurkan langsung tentangan lawan dan ada kalanya dia menang hanya dengan jurang amat kecil, memang amat teruja melihat setiap detiknya.

“Saya beruntung dapat melihat rekod dunia 200m gaya bebasnya. Saya masih ingat melihat acara sama pada kejohanan dunia tahun lalu dan saya benar-benar fikir rekod dunia Thorpey (Ian Thorpe) tidak akan disentuh untuk tempoh lama lagi, sehinggalah dia mencatat bawah 1:44s dan kali ini di bawah 1:43 – sesuatu yang memang menakjubkan.

“Ia memang menghapuskan segala halangan. Ia menjadikan yang mustahil kini sesuatu yang boleh dilakukan dan mengurangkan had yang kami letakkan kepada diri sendiri.

“Saya rasa masih ada banyak mampu saya tingkatkan dan saya mahu menemuinya, sama sepertinya, dan dia terus meningkat dan meningkat, ia jelas sesuatu yang menakjubkan untuk menontonnya.

“Untuk menang lapan emas pada ketika ini, di mana lawan lebih tertumpu kepada acara khas dengan kepakaran masing-masing, ia jelas sesuatu yang amat menakjubkan.” – AFP

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: