Pisahkan Mereka

Oleh Aida Adilah Mat dan Bazly Azmi
sukan@hmetro.com.my

SELEPAS mencongak perjalanan karier ketua jurulatih negara, Yap Kim Hock, kini Persatuan Badminton Malaysia (BAM) membayangkan perpisahan beregu emas, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang terkandas di suku akhir Sukan Olimpik Beijing.

Presiden BAM, Datuk Mohd Nadzmi Salleh, berkata sekalipun beliau tidak memiliki kepakaran dalam aspek kejurulatihan, namun langkah itu mungkin dilihat keputusan terbaik demi menyelamatkan kedua-duanya.

“Saya ada menerima cadangan supaya Kien Keat-Boon Heong dipisahkan selepas Beijing tapi perkara ini perlu diteliti terlebih dulu kerana membabitkan masa depan cabaran beregu negara.

“Saya akui agak kecewa dengan prestasi kedua-duanya kerana harapan disandarkan kepada mereka sebaik pasangan veteran (Choong Tan Fook-Lee Wan Wah) terkandas seawal pusingan pertama.

“Apa yang pasti, perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat ‘post-mortem’ pencapaian pemain negara,” katanya.

Mengulas pelantikan bekas pemenang pingat gangsa Olimpik Atlanta 1996, Rashid Sidek menggantikan tugas Kim Hock, Nadzmi berkata, tindakan itu berasaskan kelaziman kitaran misi program kejohanan.

“Kebiasaannya pelantikan jurulatih diiringi ketetapan sasaran terhadapnya. Misi Kim Hock Olimpik Beijing, jadi kini tiba giliran Rashid selaku ketua Program 2012.

“Dua individu ini (Kim Hock dan Rashid) dua jurulatih dengan corak berlainan dan menggalas misi berbeza. Jadi bagi Olimpik London 2012, saya fikir sudah tiba masanya ‘kumpulan’ Rashid menggalas cabaran negara.

“Begitupun, saya tidak boleh komen lanjut mengenai perkara ini sebelum surat pelantikan rasmi diserahkan kepada Rashid,” katanya.

Nada Nadzmi mengenai kedudukan jurulatih lain kecuali pengendali beregu, Rexy Mainaky turut dilihat tidak selamat.

“Perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat ‘post-mortem’. Sebelum ini, BAM mensasarkan sebutir emas di Beijing tapi pulang dengan perak menerusi (Lee) Chong Wei,” katanya sebaik mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bersama skuad badminton, semalam.

Perpisahan beregu handalan bukan perkara baru dalam arena badminton negara selepas ‘perceraian’ Cheah Soon Kit-Soo Beng Kiang pada 1995 sekalipun ketika itu muncul pencabar utama legenda Rexy Mainaky-Ricky Subagja.

Harian Metro

One Response to “Pisahkan Mereka”

  1. eli Says:

    aku sokong kalau pair KKK-TBH dipisahkan…takde gunanya kekalkan mereka jika x mampu produce kejayaan utk negara…buat apa hantar bertanding jika hanya utk kalah & malukan nama negara jer???!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: