Rashid Sedia Pikul Tanggungjawab

Oleh Alias Abd Rani
lias@hmetro.com.my

WALAUPUN nama Rashid Sidek disebut ketua jurulatih baru skuad badminton negara menggantikan Yap Kim Hock sebaik tamat Sukan Olimpik Beijing 2008, dia mengakui belum mendapat pengesahan rasmi daripada pihak berkaitan mengenai perkara itu.

“Saya belum mendapat pengesahan rasmi daripada pihak berkenaan. Memang saya ada dengar (mengenai pelantikan itu), itupun saya dapat tahu melalui akhbar,” katanya ketika dihubungi semalam.

Ditanya pandangannya jika pelantikan itu menjadi realiti, Rashid berkata, dia bersedia memikul tanggungjawab yang diberikan kepadanya.

“Saya akan memastikan pembangunan sukan badminton dapat diteruskan pada masa akan datang. Ini tanggungjawab berat selain komitmen ke arah melahirkan pemain pelapis.

“Kalau saya terima jawatan itu, bukan bermakna saya mahu kuasa atau kewangan semata-mata. Saya memang melatih pemain, jadi itulah matlamat saya sebenarnya,” katanya.

Rashid sebelum ini diberi tugas melatih pemain Program 2012 yang disasarkan untuk Sukan Olimpik London.

Dia kini memegang jawatan pembantu jurulatih kepada Misbun serta jurulatih.

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: