Rencah Olimpik

Tenis meja: Korea Selatan raih gangsa lepas atasi Austria

ABEIJING: Korea Selatan mengalahkan Austria 3-1 untuk memenangi pingat gangsa acara tenis meja lelaki di sini semalam.

Johan bertahan acara individu, Ryu Seung-min, terkial-kial di awal permainan sehingga tewas 1-3 di tangan Robert Gardos, yang menduduki tangga ke-47 dalam senarai dunia.

Bagaimanapun, Ryu bangkit dalam perlawanan keempat ini dan beliau tidak menghadapi masalah mengalahkan Chen Weixing 3-0 dan sekali gus menjamin pingat gangsa untuk pasukan negaranya. — Reuters.

Badan tinju mahu acara wanita dalam Olimpik London

BEIJING: Persatuan Tinju Antarabangsa (AIB) akan mendesak agar acara tinju wanita diperkenalkan dalam Sukan Olimpik London 2012.

‘Kami akan membuat satu usul dan kemudian mengemukakannya kepada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC),’ kata Presiden AIB, Wu Ching-Kuo, selepas mesyuarat jawatankuasa eksekutif AIB kelmarin.

‘Tinju adalah sukan tunggal dalam acara Sukan Olimpik yang tidak mempunyai penyertaan wanita. Kami yakin kami sudah bersedia memperkenalkan acara ini dalam Sukan Olimpik,’ kata beliau. — Reuters.

Tiga pemain veteran tenis meja diberi anugerah

BEIJING: Persekutuan Tenis Meja Antarabangsa (ITTF) telah menyampaikan anugerah kepada tiga pemain veteran yang beraksi dalam enam Sukan Olimpik sejak acara itu diperkenalkan dalam Sukan Olimpik Seoul 1998.

Mereka ialah Jorgen Persson dari Sweden, Zoran Primorac dari Croatia dan Jean-Michel Saive dari Belgium. Bagaimanapun, mereka tidak pernah memenangi pingat emas.

Bekas juara dunia, Persson, 42 tahun, menduduki tempat kesembilan dalam Olimpik Athens sementara Primorac dan Saive gagal mara dalam kelompok 16 pemain terakhir sukan di Greece itu. — Reuters.

Hackett mungkin sertai Sukan Komanwel New Delhi

BEIJING: Grant Hackett mungkin tidak ingin menyertai Sukan Olimpik London 2012, tetapi beliau dijangka beraksi dalam Sukan Komanwel 2010 New Delhi, kata ketua jurulatih renang Australia, Alan Thompson.

Berusia 28 tahun, pemegang rekod dunia itu memutuskan tidak akan beraksi dalam Sukan Olimpik London selepas tewas dalam acara 1,500 meter di tangan Oussama Mellouli dari Tunisia.

‘Saya telah berbincang dengannya. Sejauh ini beliau belum membuat sebarang keputusan. Oleh kerana beliau terlepas Sukan Komanwel Melbourne, saya fikir beliau mungkin tergerak menyertai Sukan Komanwel di India nanti,’ jelas Thompson. — Reuters.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: