Argentina, Nigeria Berentap


PENYERANG Argentina, Lionel Messi mengasak Anderson pada aksi separuh akhir semalam.

BEIJING – Gergasi Amerika Selatan, Argentina akan membuat perhitungan dengan jaguh benua Afrika, Nigeria pada perlawanan akhir acara bola sepak lelaki pada Sukan Olimpik XXIX Sabtu ini.

Pertemuan itu juga diibaratkan ulangan aksi akhir temasya 1996 di Atlanta yang menyaksikan Nigeria menang 3-2, sekali gus menjulang kejuaraan buat kali pertama di pentas Olimpik.

Pada aksi separuh akhir semalam, dua jaringan pada babak pertama daripada bintang muda Argentina, Sergio Arguero menyaksikan Argentina melangkah ke perlawanan akhir Sukan Olimpik buat kali kedua berturut-turut selepas menang 3-2 ke atas Brazil.

Aguero membuka jaringan buat juara bertahan itu pada minit ke-52 sebelum menambah gol keduanya enam minit kemudian.

Penyerang Atletico Madrid itu kemudian membuka peluang buat gol ketiga Argentina menerusi sepakan percuma Juan Roman Riquelme pada minit ke-76.

Kejayaan Argentina ke atas Brazil itu juga merupakan yang pertama kali dicatat ke atas musuh tradisi mereka itu dalam tempoh tiga tahun.

Nigeria pula melangkah ke perlawanan akhir selepas menang 4-1 ke atas Belgium dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Juara Olimpik 1996 itu mula mendahului menerusi jaringan Olubayo Adefemi dan Chinedi Ogbuke Obasi.

Emmanuel Ekpo kemudian menambah gol ketiga Nigeria sebelum Chibuzor Okonkwo menjamin kemenangan wakil Afrika itu empat minit kemudian.

Belgium memperoleh gol saguhati dua minit sebelum tamat perlawanan menerusi sepakan percuma Laurent Ciman.

Kekalahan Belgium itu menyaksikan tiada pasukan dari Eropah yang pernah memenangi pingat emas Olimpik sejak Sepanyol melakukannya pada temasya 1992. – Agensi

Kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: