Bolt Hampiri Emas Kedua Olimpik XXIX

BEIJING – Jaguh pecut Jamaica, Usain Bolt semakin hampir memenangi pingat emas berganda pada Sukan Olimpik XXIX apabila mara ke peringkat akhir acara 200 meter semalam.

Bolt berjaya meninggalkan juara bertahan, Shawn Crawford dari Amerika Syarikat ketika saingan memasuki 100m terakhir sebelum memenangi perlumbaan separuh akhir kedua itu dengan catatan masa 20.09 saat.

Crawford yang berada di tempat kedua dengan mencatat masa 20.12s akan mengetuai trio Amerika Syarikat pada peringkat akhir hari ini.

Sabtu lalu Bolt berjaya memenangi emas acara 100m termasuk memecah rekod dunia miliknya sendiri.

Walter Dix dari Amerika Syarikat yang menang pingat gangsa dalam acara 100m menamatkan perlumbaan di tempat ketiga pada separuh akhir pertama dengan catatan 20.19s di belakang pemenang Churandy Martina dari Belanda (20.11s) dan Brian Dzingai dari Zimbabwe.

Manakala Wallace Spearmon yang memenangi pingat gangsa dalam acara 200m pada Kejohanan Dunia di Osaka tahun lalu turut melayakkan diri selepas mencatat masa 20.14s.

Bolt, 21, yang mencatat masa terpantas dalam acara 200m sebanyak tiga kali tahun ini berazam memenangi pingat emas berganda, sekali gus menyamai rekod Carl Lewis dari Amerika Syarikat yang dilakukannya pada Sukan Olimpik 1984 di Los Angeles. – AFP

Kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: