Bolt Hampiri Takhta Jaguh Pecut Berganda

USAIN Bolt mengambil satu lagi langkah gergasi dalam usaha untuk muncul jaguh pecut berganda pertama di Sukan Olimpik sejak 24 tahun apabila dia layak ke final acara 200 meter di Beijing, semalam.

Jaguh pecut dari Jamaica itu yang memperbaiki rekod dunia 100m, Sabtu lalu dalam laluan meraih pingat emas kini memberi bayangan betapa rekod dunia 200m milik Michael Johnson iaitu 19.32 saat dilakar dalam Sukan Olimpik 1996 di Atlanta kini tampak terancam.

Bolt mengekori juara bertahan, Shawn Crawford dari Amerika Syarikat sebelum memintas untuk mencecah garisan dengan catatan 20.09s dalam separuh akhir, semalam.

“Saya cuma mahu memastikan berada pada posisi baik deng an melihat ke arah papan markah dan melihat pesaing lain,” katanya.

“Saya cuma mahu keluar ke sana untuk menang final nanti. Ini satu yang sukar bagi saya kerana sudah melalui empat pusingan acara 100m dan ini kali pertama saya berdepan lapan pusingan dalam satu kejohanan.”

Dia menambah: “Ini adalah matlamat mana-mana atlit untuk hadir di Olimpik dan berlari pantas. Saya suka untuk berlari mencatat 19.4 saat atau 19.5s.”

Crawford yang menyudahkan perlumbaan dengan 20.12s di tempat kedua di belakang Bolt akan mengetuai atlit pecut AS untuk aksi final, hari ini.

Walter Dix, pemenang gangsa Sukan Olimpik 2004 mendapat tempat ketiga dalam saringan pertama dengan catatan, 20.19s belakang pemenang, Churandy Martina dari Dutch Antilles, 20.11s dan pelari Zimbabwe, Brian Dzingai.

Turut layak adalah Kim Collins dari St Kitts dan Nevis dan Christian Malcolm dari Wales. – AFP

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: