Bolt Raja Pecut Olimpik


PELUMBA dari Jamaica, Usain Bolt mempamerkan rekod baru dunianya setelah menjuarai 200m lelaki akhir di gelanggang National, Sukan Olympik Beijing 2008, semalam. – Foto AFP

BEIJING: Jaguh pecut Jamaica, Usain Bolt memenangi pingat emas acara 200 meter dengan catatan rekod baru dunia, semalam untuk menjadi atlit pertama sejak Carl Lewis pada 1984 memenangi gelaran pecut berganda di Sukan Olimpik.

Bolt sebelum ini memenangi acara 100m menerusi gaya mengagumkan apabila memperbaharui rekod dunia hasil kepantasan 9.69 saat, Sabtu lalu.

Dia mengulangi prestasi hebat pada hari ke-11 temasya Olimpik di Beijing itu menerusi larian hebat untuk mencatat rekod baru dunia kedua dengan kepantasan 19.30s – mengatasi rekod 19.32s pelari Amerika Syarikat, Michael Johnson, 12 tahun lalu di Atlanta.

Bolt meletakkan dirinya sebagai pelari kesembilan berjaya melengkapkan dominasi memenangi kedua-dua acara pecut pada satu temasya dalam sejarah Olimpik.

Kejayaan itu juga meletakkan Bolt, yang menyambut hari jadi ke-22, hari ini, sebaris dengan perenang AS, Michael Phelps, sebagai bintang Olimpik Beijing. – Reuters

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: