Clay Laung Amaran Awal Kepada Pencabar

BEIJING: Atlit Amerika Syarikat Brian Clay mengatasi dua persembahan buruk dalam acara awal untuk mencatatkan markah tertinggi dekatlon di dunia sejak 2004 hanya untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Beijing.

Kini ada jangkaan bagi lebih kejayaan daripada Clay untuk melakarkan pingat emas, dengan naib juara Olimpik 2004 yakin bahawa yang terbaik dari darinya masih belum dihasilkan.

“Saya berpendapat masih banyak ruang untuk peningkatan,” kata Clay. “Saya fikir ini untuk menunjukkan kepada semua orang bahawa saya pencabar yang kuat.”

Juara dunia 2005 dan juara dalam dewan dunia heptatlon 2008 itu mengirim amarannya bersama-sama dengan catatan peribadi terbaik 8,832 pada kejohanan kelayakan Olimpik Amerika, dengan acara membabitkan 10 disiplin itu akan bermula esok di Beijing.

Peserta bermula dengan acara 100 meter disusuli dengan lompat jauh, lontar peluru dan lompat tinggi sebelum melengkapkan hari pertama dengan acara 400m.

Hari kedua bermula dengan 110m berpagar disusuli acara lempar cakera, lompat bergalah, rejam lembing dan 1,500 meter.

“Saya bermula dengan bagus dalam 100m. Ia acara kegemaran saya dan kemudian ia agak buruk selepas itu,” kata Clay mengimbau kembali hari pertama ujian kelayakan Olimpik Amerika.

“Lompat tinggi dan lontar peluru sebenarnya begitu buruk. Saya bermula lompat tinggi hampir sama seperti dalam lompat jauh tetapi berjaya untuk memperbaiki kedudukan saya.

“Sebenarnya mental saya tidak begitu berdisiplin dan ia mengganggu persembahan saya. Saya tidak menemui rentak.” – AFP

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: