‘Emas Harus Milik Du Toit’

Perenang Russia ‘tabik’ kesungguhan atlit OKU Afrika Selatan turut bersaing

ATLIT Russia, Larisa Ilchenko menang pingat emas Olimpik acara renang maraton 10 kilometer, semalam dan menegaskan bahawa lawannya yang kudung, Natalie du Toit berhak meraih pingat hanya kerana kesungguhannya bersaing.

Perenang Russia berusia 19 tahun itu menang emas dengan masa satu jam 59.27 minit, tetapi fokus perlumbaan lebih kepada du Toit dari Afrika Selatan, atlit kudung pertama layak ke Sukan Olimpik, yang menduduki tempat ke-16.

Du Toit, 24, yang menang lima emas dan satu perak di kolam renang pada Sukan Paralimpik 2004, memikat tumpuan kerana berjaya bertanding biarpun hilang bahagian bawah kakinya ekoran kemalangan pada 2001.

“Saya akan sanggup untuk memberikannya pingat yang berbeza,” kata Ilchenko.

“Saya punya rasa hormat tinggi terhadap apa yang dilakukannya dan hanya melihat seseorang sepertinya jelas satu inspirasi.”

Ilchenko mendominasi renang terbuka sejak 2004, lima kali berturut-turut memenangi acara 5 km pada kejohanan dunia dan tiga kali berturut-turut perlumbaan 10km.

Dia menggunakan taktik kesukaannya dengan berkesan apabila mengekori pendahulu dan mengasak pada 500m terakhir untuk meraih emas di taman tasik Olimpik Shunyi, di pinggir Beijing.

Selepas mendahului untuk majoriti perlumbaan, atlit Britain, Keri-Anne Payne meraih pingat perak dengan masa satu jam 59.29 minit, diekori rakan senegara, Cassandra Patten yang memenangi gangsa dengan masa satu jam 59.31 minit. – AFP

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: