Gelaran Datuk Iringi RM300,000

Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi dan Norakmah Mat Youb
bharian.com.my


TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan cek berjumlah RM300,000 kepada Lee Chong Wei yang memenangi pingat perak dalam pertandingan badminton Olimpik Beijing, dalam majlis ramah mesra bersama Wira Negara di Seberang Jaya, sambil diperhatikan Datuk Ismail Sabri, Datuk Liow Tiong Lay dan calon BN Permatang Pauh, Datuk Arif Shah Omar Shah (kanan) di sini, semalam. – Foto Rahim Rahmat

Chong Wei terkejut besar dapat pengiktirafan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

TIDAK terlintas dalam kotak fikiran Lee Chong Wei bahawa dia akan menerima gelaran Datuk selepas berjaya menyumbang pingat perak untuk kontinjen Malaysia dalam acara badminton Sukan Olimpik, baru-baru ini.

Tetapi, ia adalah satu hakikat kini apabila jaguh perseorangan negara itu bakal menerima anugerah Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) daripada kerajaan Pulau Pinang itu pada 30 Ogos ini sebagai pengiktirafan ke atas keringatnya di temasya terbesar dunia itu.

Dalam sesi temuramah di sidang video bersama Chong Wei di Kuala Lumpur, semalam, jagoan negara itu menyuarakan rasa amat terkejut dengan segala usaha dilakukan kerajaan di atas kejayaan dilakarnya di Beijing, baru-baru ini.

Namun, dia berkata perkara yang lebih bermakna lagi selepas berjaya mengharumkan nama negara adalah apabila diberi gelaran Datuk oleh kerajaan negeri.

“Secara jujur saya memang terkejut sangat. Saya diberitahu mengenai perkara ini oleh abang saya (Lee Choong Hoon). Pada mulanya saya ingat dia hanya mahu bermain-main dengan saya” katanya yang gembira dan berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana memberikan gelaran itu.

Chong Wei berkata dia berjanji akan terus berusaha untuk mengharumkan nama negara dalam sukan badminton dalam setiap kejohanan yang disertainya nanti.

Jaguh badminton menerima ganjaran RM300,000 daripada Kerajaan Pusat, semalam di atas kejayaannya. Dia juga memperoleh pencen RM3,000 sebulan sepanjang hayat berkuatkuasa bulan depan.

Dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki, Chong Wei yang diramal akan memberi saingan sengit jelas meleset apabila tewas kepada pemain China dan nombor satu dunia, Lin Dan.

Terdahulu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengumumkan anugerah berkenaan kepada pemain itu di Bukit Mertajam, pagi semalam.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Ismail Sabri Yaakob pula berkata dengan pelbagai pengiktirafan kepada ahli sukan, atlit muda akan mendapat semangat untuk terus mencapai kecemerlangan di peringkat paling tinggi.

Setiausaha Persatuan Badminton Malaysia (BAM), P Ganga Rao berkata persatuan itu berbangga dengan apa yang dicapai oleh Chong Wei.

“Chong Wei adalah satu-satunya pemain badminton yang mendapat gelaran Datuk ketika masih aktif. Dia layak mendapatnya,” katanya.

Katanya BAM juga akan memberi ganjaran kepada pemain itu.

Badminton adalah sukan tunggal yang menyumbang pingat kepada negara di Sukan Olimpik sejak 1992 kejayaan Razif-Jalani Sidek memenangi pingat gangsa di Barcelona. Rashid Sidek juga meraih gangsa pada Sukan Olimpik Atlanta 1996 manakala gandingan Yap Kim Hock-Cheah Soon Kit mendapat perak pada temasya yang sama.

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: