Isinbayeva Ghairah Cipta Rekod Lagi

Isinbayeva

BEIJING – Yelena Isinbayeva berhasrat mencipta lebih banyak rekod dunia dan memenangi pingat emas ketiga pada Sukan Olimpik 2012 di London.

Sasaran itu dibuat sehari selepas dia memenangi pingat emas dan mencipta rekod baru dunia dalam acara lompat bergalah wanita dengan catatan 5.05 meter pada Sukan Olimpik XXIX kelmarin.

Untuk rekod, Isinbayeva, 25, dari Rusia telah mengungguli rekod dunia sejak Julai 2004.

Namun Isinbayeva berkata, dia berhasrat untuk melepasi ketinggian 5.10m selain melepasi pencapaian atlet lompat bergalah lelaki dari Ukraine, Sergei Bubka dengan 35 rekod dunia.

“Ya, saya akan melakukannya. Saya cuma memerlukan 12 rekod lagi. Kehidupan akan membosankan tanpa memperbaharui rekod, jadi saya mahu melakukannya sampai bila-bila,” katanya.

“Saya masih perlu memperbaiki persembahan dan sasaran seterusnya ialah Sukan Olimpik 2012.”

Isinbayeva mengakui, dia seronok apabila dapat menggembirakan peminat setianya.

“Saya cuba untuk melakukan yang terbaik bagi menggembirakan penonton,” jelas Isinbayeva.

“Saya merasakan bahawa saya akan memperbaharui rekod dunia kerana sokongan yang diberikan oleh penonton kepada saya.

“Saya masih ingat perasaan di Athens dan saya mahu menikmatinya sekali lagi. Ia menjadikan saya berasa seperti seorang pelakon.” – AFP

Kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: