Kevin Turun Layar

Daripada Norbakti Alias di Beijing
norbakti@nstp.com.my

Undur diri selepas empat kali aksi Olimpik

JAGUH sukan layar negara, Dr Kevin Lim membuat keputusan untuk berundur selepas empat kali menyertai Sukan Olimpik, untuk memberi tumpuan kepada kerjayanya di bidang perubatan.

Selepas mewakili negara selama 18 tahun, dia akan menamatkannya di tempat sama dia memulakan aksi iaitu di China.

Kevin mewakili negara buat pertama kali dalam Sukan Asia pada 1990 dengan menduduki tempat keempat di Qinghuandao, dan semalam dia menamatkan cabaran Olimpik menduduki tempat ke-38 di Qingdao.

“Masanya sudah tiba untuk saya beri tumpuan kepada karier, saya sudah berumur 32 tahun, ramai rakan-rakan sebaya saya yang sudah menjadi pakar (perubatan),” kata Lim yang menamatkan pengajian di bidang perubatan pada tahun 2003.

Dia kini bertugas di Hospital Prince of Wales di Sydney dan berharap akan menjadi pakar bedah ortopedik.

Lim berkata walaupun tinggal di Australia, dia masih boleh membantu Malaysia dalam memberi tunjuk ajar kepada pelayar muda negara dan menguruskan pertandingan di luar negara buat mereka, berdasarkan kepada hubungannya dengan ramai kenalan dalam bidang sukan itu di Australia dan Eropah.

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: