Lawan Pedang Mampu Ke Sukan Olimpik

WALAUPUN sukan lawan pedang kurang menyerlah di negara ini, Persekutuan Lawan Pedang Malaysia (MFF) mempunyai misi tersendiri untuk menghantar atlet sulungnya ke Sukan Olimpik London 2012.

Presiden MFF, Ahmad Farik Abdul Hamid berkata ia bukan satu angan-angan kosong kerana MFF telah menetapkan beberapa strategi bagi memastikan impian itu menjadi kenyataan.

Menurutnya atlet lawan pedang negara mempunyai kemampuan berdepan dengan atlet antarabangsa sekiranya diberi lebih banyak peluang melangkah ke peringkat tinggi.

“Joshua Koh I-Jie dan Zairul Zaimi Mohd. Arsad mempunyai potensi untuk ke London berdasarkan pencapaian mereka pada Sukan SEA di Korat, Thailand tahun lepas,” katanya.

Di Korat, I-Jie bersama Azroul Fazly Mohamed Yusoff dan Amir Mohd. Yunos.

Ruberchandran memperoleh pingat gangsa dalam acara epee berpasukan lelaki manakala Zairul Zaimi pula memenangi pingat gangsa bagi acara foil individu lelaki.

“Peluang untuk atlet kita layak ke Olimpik lebih mudah berbanding dengan acara sukan yang lain,” kata Ahmad Farik.

Menurutnya dalam sukan lawan pedang kelayakan atlet untuk mara ke peringkat Olimpik dinilai berdasarkan kutipan mata daripada siri kejohanan yang disertai.

Kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: