RM300,000 Dibayar Hari Ini

Oleh Anwar Hussin, Faiza Zainuddin, Sazarina Shahrim dan Nor Azma Laila
bhnews@bharian.com.my


TAHNIAH: Abdullah (kanan) melihat pingat perak yang dimenangi Chong Wei sambil diperhati Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaacob (tengah) di Parlimen, semalam.

Najib sampaikan lebih suku juta kepada Chong Wei di Pulau Pinang

WAJAH jagoan badminton negara, Lee Chong Wei jelas terpancar, semalam memikirkan sinaran baru dalam hidupnya apabila ganjaran besar – seperti dijanjikan bakal diterima dalam satu majlis yang akan diadakan di Pulau Pinang, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan secara rasmi ganjaran RM300,000 itu menghambur kata-kata pujian ke atas kehebatan pemenang pingat perak Sukan Olimpik itu yang berjaya menamatkan kemarau pingat untuk negara dalam temasya berkenaan sejak 1996.

Tambah menceriakan, Chong Wei juga akan memperoleh pencen RM3,000 sebulan sepanjang hayatnya berkuat kuasa pada September ini.

“Chong Wei bermain dengan baik tetapi Lin Dan lebih agresif. Apapun, dia sudah menunjukkan kesungguhan terutama pada separuh akhir (menewaskan pemain Korea Selatan, Lee Hyun-il),” katanya ketika bertemu pemain perseorangan itu di pejabatnya di Parlimen, semalam.

Najib yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan secara berseloroh berkata, dengan wang tunai itu, Chong Wei sudah boleh mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya yang juga bintang badminton wanita negara, Wong Mew Choo.

Selain Chong Wei, Najib turut bertemu dengan semua pemain badminton negara ke Sukan Olimpik Beijing serta jurulatih, Misbun Sidek dan Rexy Mainaky serta ketua jurulatih kebangsaan Yap Kim Hock.

Terdahulu rombongan skuad badminton itu mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di pejabatnya di Parlimen.

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: