Super Dan Dilabel Jaguh Sukan Dunia


LIN DAN terus bersemangat buru lebih banyak kejuaraan.

BEIJING – Jaguh badminton China, Lin Dan tidak pernah malu untuk berasa bangga dengan kejayaannya meraih pingat emas dalam acara perseorangan lelaki Sukan Olimpik XXIX.

Hasil kejayaannya itu, Lin Dan menganggap dirinya sebagai ahli sukan terhebat dunia.

Lin Dan kini mula dianggap sebagai selebriti lebih daripada ahli sukan selepas hubungan cintanya dengan pemain badminton wanita No. 1 dunia, Xie Xingfang.

Sekalipun bergelar pemenang pingat emas Sukan Olimpik, Lin Dan mengakui, dia masih belum berpuas hati dengan kejayaan tersebut.

“Sejak Sukan Olimpik terakhir di Athens lagi saya sudah mengimpikan untuk memenangi pingat emas.

“Kini saya telah mencapai hajat saya itu yang mana sebagai bukti kekuatan sebenar saya.

“Tahun ini saya telah berdepan banyak cabaran dan mengharungi pelbagai tekanan.

“Bagaimanapun, pingat emas ini mengesahkan hakikat bahawa saya seorang ahli sukan yang hebat di dunia ini,” jelas Lin Dan.

Ketika Xie Xingfang berhasrat bersara selepas temasya di Beijing ini, Lin Dan yang dikenali sebagai Super Dan pula terus ghairah meneruskan kariernya.

“Satu perkara yang saya jamin ialah saya akan terus bermain, seperti juga (pemain Indonesia) Taufik Hidayat,” katanya.

“Saya mahu memenangi banyak lagi pingat, Sukan Asia (di Guangzhou pada tahun 2010) dan pelbagai lagi kejuaraan dunia.

“Saya masih lagi muda, baru 21 tahun. Saya akan terus berjuang demi peminat yang setia menyokong saya.

“Menjadi seorang juara membawa satu episod baru bagi saya. Saya bersama rakan lain akan cuba berusaha untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi lagi.” – AFP

Kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: