Yufang Diharap Mampu Menyinar

Daripada Norbakti Alias dari Beijing
norbakti@nstp.com.my


SANDARAN NEGARA: Yufang ke Olimpik secara merit selepas melepasi had kelayakan 1 jam 32 minit 48.

Sasar pecah rekod kebangsaan sambil perbaiki pencapaian di Olimpik

TANPA ada tekanan, peserta lumba jalan kaki 20 kilometer wanita negara, Yuan Yufang diharap mampu memecahkan rekod kebangsaan sambil memperbaiki pencapaiannya di Sukan Olimpik.

Pengurus pasukan olahraga negara, Datuk Tham Sieu Khai berkata, itu adalah sasaran terbaik buat atlit kelahiran China itu yang mara ke temasya sukan paling besar ini secara merit selepas melepasi had kelayakan 1 jam 32 minit 48.

Rekod kebangsaan acara itu adalah pada 1:32.25s yang dilakukan Yufang pada 2001.

“Yufang sudah bekerja keras sepanjang persediaannya menghadapi Sukan Olimpik ini termasuk sejak tiba di Beijing.

“Jika segalanya berjalan lancar, saya harap Yufang dapat melakukan sesuatu khususnya untuk mengatasi rekod kebangsaannya sendiri,” kata Tham.

Sebelum tiba di Beijing, Yufang, 32, menjalani latihan di Kunming, China bersama atlit republik itu, Yu Chaohong yang menduduki tangga keempat acara 50km jalan kaki lelaki di Sukan Olimpik Athens 2004.

Ini adalah penampilan ketiga Yufang dalam Sukan Olimpik. Pada edisi 2000 di Sydney dia mendapat tempat ke-15 dan di Athens, empat tahun lalu dia sekadar berada pada posisi ke-35. Di Beijing, dia akan bersaing dengan 47 peserta lain bagi cuba mengatasi pencapaian lebih baik.

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: