36 Rekod Dunia Lebur Di Beijing


Michael Phelps menjadi atlet yang berjaya menggondol pingat emas terbanyak pada acara renang Sukan Olimpik Beijing iaitu lapan emas, satu sejarah bagi temasya berkenaan. – Reuters

Beijing – Statistik Sukan Olimpik Beijing menunjukkan sebanyak 36 rekod dunia dan 74 rekod Olimpik telah dipecahkan sehingga 19 Ogos.

Timbalan Presiden Jawatankuasa Olimpik Beijing (BOCOG), Wang Wei membuat pengumuman tersebut dalam satu sidang akhbar semalam, menurut laman web rasmi Olimpik Beijing.

Menurutnya, sehingga 19 Ogos, sebanyak 14 daripada 38 disiplin daripada 28 acara Sukan Olimpik telah disempurnakan termasuk gimnastik, trampolin, lawan pedang, memanah, tenis, menembak, berbasikal trek, berbasikal lebuh raya, mendayung, kenu dan kayak, triatlon, judo, angkat berat dan badminton.

Sejumlah 205 pingat emas, 206 pingat perak dan 232 pingat gangsa telah disampaikan.

Pingat-pingat emas telah diterima oleh 41 negara manakala atlet yang telah menerima pingat mewakili 75 negara berlainan.

Utusan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: