Bryan Buru Separuh Akhir

Daripada Norbakti Alias di Beijing
norbakti@nstp.com.my

SELEPAS hanya satu tangga memisahkannya daripada kemaraan ke separuh akhir Sukan Olimpik Athens, empat tahun lalu, Bryan Nickson Lomas kembali ke pentas sama, hari ini untuk memburu peluang mencipta sejarah sebagai penerjun pertama negara layak ke saingan itu.

Bryan, 18, yang juga atlit negara paling awal layak ke Sukan Olimpik, akan turun beraksi dalam peringkat kelayakan acara 10 meter platform lelaki di Pusat Akuatik Nasional, petang ini.

Dia yang menduduki tangga ketujuh di Kejohanan Dunia di Melbourne, tahun lalu akan memburu peluang berada dalam kelompok 18 terbaik daripada 30 peserta yang bertanding bagi melayakkan diri ke separuh akhir.

Di Athens, Bryan, atlit paling muda bertanding ketika itu, terlepas peluang terbaik ke separuh akhir apabila sekadar menduduki tangga ke-19.

Bryan kini adalah satu-satunya penerjun yang tinggal untuk mendukung cabaran selepas tiga rakan sepasukannya yang lain, Leong Mun Yee, Elizabeth Jimie dan Pandelela Rinong gagal dalam acara masing-masing.

Kegugupan Pandelela, 15, (10m platform wanita) dan Elizabeth Jimie, 16, selain kegagalan Mun Yee, (kedua-duanya dalam acara 3m papan anjal wanita), menampilkan aksi yang baik, sekali lagi mengecewakan.

Namun, Setiausaha Kesatuan Renang Amatur Malaysia, Edwin Chong, percaya kematangan Bryan boleh menjadi kuncinya.

“Bryan mungkin sukar menempatkan diri ke peringkat akhir kerana tahap kesukaran aksinya masih belum cukup tinggi.

“Tapi, saya percaya dia mampu layak ke separuh akhir kecuali melakukan kesilapan besar.

“ ”Saya percaya Bryan kian matang selepas didedahkan dalam beberapa kejohanan utama sebagai persediaannya untuk ke Sukan Olimpik ini,” katanya.

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: