Chong Wei Terharu Gelaran Datuk

BUKIT MERTAJAM 20 Ogos – Pemenang pingat perak Sukan Olimpik, Lee Chong Wei melahirkan rasa terharu di atas pengurniaan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) oleh kerajaan Pulau Pinang yang membawa gelaran Datuk kepadanya.

Menurut Chong Wei, anugerah yang diberikan itu akan memberi semangat ke- padanya untuk terus berjuang dalam sukan kegemarannya itu sekali gus membawa lebih banyak kejayaan kepada negara.

“Saya tidak menduga akan diberikan anugerah seperti itu dan saya mengucapkan terima kasih di atas penghargaan diberikan dan berjanji untuk membawa pulang pingat emas untuk Sukan Olimpik 2012 di London nanti,” katanya selepas majlis meraikan kejayaannya di kampung halamannya di Kampung Baru Berapit di sini hari ini.

Pemain nombor dua dunia itu juga turut dipertemukan dengan bekas jurulatih di zaman remajanya, Kuok Chin Heng dan kaum keluarganya yang masih menetap di situ.

Turut hadir meraikan kepulangannya itu ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob; jurulatihnya, Misbun Sidek dan lain-lain.

Menurut Chong Wei, beliau mahu melupakan kegagalannya membawa pulang pingat emas di Sukan Olimpik lalu dan mahu menumpukan kepada kejohanan akan datang.

Buat masa ini, katanya, beliau mahu berehat beberapa hari sebelum menyambung semula latihan bagi menghadapi kejohanan Terbuka Jepun dan Terbuka Macau.

Utusan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: