Gusti: Saytiev Jaguh Terunggul

BEIJING – Atlet Rusia, Buvaysa Saytiev memenangi emas ketiga miliknya dalam acara gusti gaya bebas semalam, dalam penampilan bagi acara tersebut di Sukan Olimpik.

Juara dunia sebanyak enam kali berusia 33 tahun itu berjaya mengungguli kategori 74 kilogram selepas menumbangkan atlet Uzbekistan, Soslan Tigiev.

Murad Gaidarov dari Belarus dan atlet Bulgaria, Kiril Terziev memenangi pingat gangsa.

Pada pertemuan akhir itu, Tigiev mempamerkan persembahan bahagian atas badan yang mantap dan mendahului persaingan pada separuh masa pertama dengan mendahului 1-0.

Kedudukan tersebut ternyata menimbulkan kebimbangan di kalangan pasukan gusti Rusia ketika separuh masa kedua bermula apabila Saytiev dikepit oleh Tigiev.

Namun begitu, kebimbangan itu akhirnya terlerai apabila Saytiev berjaya melepasi daripada genggaman Tigiev dan mengakhiri perlawanan tersebut dengan melakukan kepitan kaki ke atas atlet Belarus.

Kejayaan itu mendorong ahli gusti terkenal Rusia dalam acara heavyweight yang juga bekas pemenang tiga pingat emas Sukan Olimpik, Aleksandr Karelin memberi tepukan gemuruh kepada Saytiev ketika dia berlari di sekeliling stadium bersama bendera Rusia di atas bahunya.

Saytiev yang hanya dilihat seperti stereotaip kepada ahli gusti yang mempunyai bahu besar lain ternyata benar-benar memiliki kemahiran mengagumkan serta kekuatan sebenar.

“Kedudukannya begitu baik dan dia (Saytiev) juga mempunyai pergerakan yang fleksibel. Dia adalah lebih hebat daripada bentuk fizikalnya dan benar-benar mempunyai bakat seorang ahli gusti yang hebat,” kata Ahli Jawatankuasa Olimpik Amerika Syarikat, Jim Schwerr.

Saytiev memenangi pingat pertamanya di Sukan Olimpik Atlanta 1996 pada usia 21 tahun.

– Reuters

Utusan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: