Harapan Brazil Di Bahu Skuad Wanita


Aksi lincah Marta (kanan) ketika membantu Brazil menewaskan Jerman pada perlawanan separuh akhir Sukan Olimpik di Beijing, kelmarin. – Reuters

BRAZIL yang diperkuatkan dengan dua penyerang berbisa yakin masanya sudah tiba untuk pasukan itu mengatasi musuh ketat Amerika Syarikat (AS) sekali gus merangkul pingat emas pertama acara bola sepak di Sukan Olimpik.

Kedua-dua penyerang Brazil, Marta dan Cristiane kini berada pada prestasi terbaik selepas membantu Brazil menumpaskan juara dunia Jerman 4-1 di separuh akhir Isnin lalu.

Perlawanan akhir hari ini juga merupakan peluang terbaik Brazil untuk membalas dendam terhadap pasukan AS yang menafikan pingat emas Brazil pada final acara bola sepak Olimpik di Athens empat tahun lalu.

Pasukan AS juga pernah mengecewa Brazil apabila menang 1-0 di peringkat separuh akhir pada Olimpik Sydney 2000.

Bagi pasukan wanita Brazil, mereka bakal diiringi azam untuk setanding dengan pasukan bola sepak lelaki yang muncul juara dunia sebanyak lima kali.

“Kini segala-segalanya memihak kepada kami,” kata penjaring terbanyak kejohanan Cristiane.

“Seolah-olah seseorang telah menulis sejarah untuk kami, pertama kami menewaskan Jerman yang menghampakan kami di final Piala Dunia tahun lalu.

”Hari ini kami akan berdepan halangan AS seperti mana perlawanan akhir Olimpik 2004.

“Namun saya amat yakin kali ini ia pasti akan menjadi cerita yang berbeza,” katanya.

Marta yang menerima anugerah Pemain Terbaik Dunia sebanyak dua kali disamakan dengan bekas legenda bola sepak Brazil, Romario.

“Matlamat kami menyertai kejohanan di Beijing ialah memenangi emas. Kini sudah tiba masanya untuk kami berjuang.

“Jika kami dapat meneruskan rentak kemenangan ini, kami mampu memenangi emas,” kata Marta.

Marta, 22, telah memahat nama sebaris dengan bekas legenda bola sepak Brazil seperti Pele, Ronaldo, Romario, Zico dan Garrincha apabila namanya diabadikan di stadium Maracana, Rio de Janeiro.

“Kawalan bola ketika dia berlari amat menakjubkan. Dia amat pantas, sering menjaringkan gol. Saya rasa dia akan mengambil alih status Mia Hamm sebagai pemain terbaik dalam sejarah bola sepak wanita,” kata Rene Simoes yang menjadi jurulatih pasukan bola sepak wanita Brazil pada Olimpik 2004.

Corak permainan Brazil diramal mungkin berubah apabila menentang AS hari ini selepas pasukan benua Amerika Selatan itu kalah 0-4 di separuh akhir Piala Dunia di China tahun lalu.

“Kami berlatih gigih sepanjang tahun demi emas Olimpik kerana ia penting buat kami dan negara.

“Kami mahu memberikan sesuatu untuk diraikan juga demi membangunkan bola sepak wanita di Brazil,” kata Cristiane.

Utusan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: