Nasib Duka Dunga


Dunga

BEIJING – Masa depan Dunga sebagai jurulatih Brazil masih tidak menentu selepas satu kekalahan mengecewakan 3-0 kepada Argentina dalam separuh akhir bola sepak Sukan Olimpik Beijing, kelmarin.

Bekas ketua pasukan Piala Dunia itu tiba di Beijing dengan kesamaran selepas persembahan hambar pasukan seniornya dan akan pergi dengan satu lagi pencapaian lebih teruk, sama ada boleh atau tidak pasukannya menewaskan Belgium pada perlawanan pingat gangsa di Shanghai, esok.

Dunga dirasakan mendapat laluan lebih mudah apabila dia secara sukarela melatih Brazil pada Olimpik, satu pertandingan bawah 23 tahun dengan tiga pemain lebih umur dibenarkan setiap pasukan.

Rakan sejawatan Dunga di Argentina, Alfio Basile mengambil keputusan tidak ke Beijing dan tugasnya diserahkan kepada Sergio Batista, seorang pemain tengah dalam pasukan juara Piala Dunia 1986.

Dunga mungkin terselamat ketika ini kerana Brazil menghadapi dua perlawanan Kelayakan Piala Dunia pada awal September — bertandang ke Chile dan melayani Bolivia — dan tiada masa untuk mencari seorang pengganti bagi melatih pasukan itu.

Namun kekalahan di Santiago bakal menutup tirai buatnya yang tidak memiliki sebarang pengalaman kejurulatihan senior.

“Tekanannya menjadi lebih besar mulai sekarang,” kata Muricy Ramalho, jurulatih Sao Paulo iaitu juara liga di Brazil kepada media tempatan di Sao Paulo.

“Pendapat saya dia patut kekal dengan pasukan senior. Namun dia memilih memikul tanggungjawab kedua-duanya,” katanya.

Peringkat awal memikul tugas Dunga agak cemerlang apabila Brazil mencatatkan kemenangan demi kemenangan di dalam perlawanan persahabatan termasuk membenam Argentina 3-0 di London.

Kejayaan tertinggi tiba tahun lalu apabila mereka memenangi Copa America di Venezuela, sekali lagi menewaskan Argentina 3-0 dalam perlawanan akhir. Sejak itu, semuanya merosot.

Mereka kalah persahabatan 2-0 kepada Venezuela, sebuah pasukan yang Brazil tewaskan dalam kesemua 17 pertemuan terdahulu, diikuti kekalahan Kelayakan Piala Dunia kepada Paraguay dan seri 0-0 di tempat sendiri dengan Argentina.

Dunga dikecam kerana menggunakan taktik yang terlalu berhati-hati menentang Paraguay dan beberapa kritikan yang sama dilontar kepadanya ekoran persembahan kelmarin.

Bagaimanapun Dunga berkata, ia cuma bukan malam Brazil dan menambah bahawa penyerang Argentina, Lionel Messi memang sukar disekat.

“Anda tidak boleh sentiasa menjaringkan gol. Jika kami boleh menjaringkan gol dalam setiap perlawanan, ia pasti menakjubkan. Ada hari yang anda boleh kawal Messi dan hari yang anda tidak boleh,” katanya.

Utusan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: