Ohuruogu Azam Ulangi Kejayaan

BEIJING: Juara baru lompat pagar 400 meter Sukan Olimpik Beijing dari Britain, Christine Ohuruogu, tidak dapat berhenti tersenyum sejak kejayaannya di Stadium ‘Sarang Burung’.

Kini atlit berusia 24 tahun itu mahu terus mengukir senyuman dan mengulangi kejayaan tersebut di tanah airnya dalam Sukan Olimpik London 2012.

Ohuruogu, yang dibesarkan di timur London, tempat stadium utama sedang dibina bagi temasya itu, berazam mempertahan kejuaraannya di depan penyokong sendiri.

‘Stratford terletak betul-betul di depan rumah saya, 15 minit dari tempat orang tua saya tinggal dan tempat saya dibesarkan dan hidup selama ini.

‘Adalah sesuatu yang menarik dapat tampil di balapan dan bertanding di depan penyokong dari tempat kediaman saya… seperti ulangan kejayaan Cathy Freeman,’ kata Ohuruogu merujuk kepada bintang Australia yang mencatat kejayaan dalam acara 400 meter di Olimpik Sydney 2000.

Bagaimanapun, jika Ohuruogu boleh disifatkan sebagai bahan poster yang tepat untuk dijadikan promosi bagi Sukan Olimpik berdasarkan pada keturunannya, kemungkinan Persatuan Olimpik British (BOA) tidak berminat menggunakan fotonya untuk tujuan tersebut tidak dapat ditolak.

Ini kerana kedua- dua Ohuruogu dan BOA dikatakan tidak sehaluan.

Kelmarim, Ohuruogu mencatat larian cemerlang mengalahkan peserta pilihan Sanya Richards dalam perlumbaan yang tidak mungkin dapat disertainya setahun lalu.

Ketika itu, beliau sedang menunggu keputusan rayuan ke atas hukuman gantung yang dikenakan oleh BOA menyusuli kesalahan melanggar peraturan ujian dadah.

Bagaimanapun, Ohuruogu, yang berketurunan Nigeria, memenangi rayuan ke atas hukuman gantung setahun yang dikenakan ke atasnya kerana gagal menjalani tiga ujian dadah.

‘Saya seorang pejuang dan akan terus berjuang hingga ke akhir. Ini sesuatu yang saya pelajari sejak dari kecil dan ia hanya lebih kukuh sebaik saya bertambah dewasa,’ tambah Ohuruogu.

Walaupun Ohuruogu berjaya menambah kejayaan dalam Sukan Olimpik kepada mahkota yang dimenangi dalam Kejohanan Dunia dan Sukan Komanwel, beliau terpaksa berdepan dengan pertanyaan ‘apakah beliau berasa wajar digelar juara Olimpik’?

‘Saya tidak kisah dengan apa yang difikirkan atau dikatakan orang lain. Mereka boleh bercakap apa yang mereka suka.

‘Saya telah pun menjalani hukuman saya dan mungkin saya bodoh tetapi saya tidak mempunyai niat menipu sistem yang ada.

‘Ia hanya pandangan ramai.’ – AFP.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: