Ohuruogu Pertahan Kejuaraan Di Beijing

BEIJING – Jaguh baru 400 meter Sukan Olimpik dari Great Britain, Christine Ohuruogu dilihat tersenyum lebar selepas mencapai kejayaan cemerlang di Stadium Sarang Burung, Beijing dan merancang mengulanginya di tanah air pada Sukan Olimpik London 2012.

Atlet berusia 24 tahun yang dibesarkan di Stratford, timur London mengakui untuk mempertahankan kejuaraan yang baru dimenanginya itu di hadapan ribuan ‘penyokong tuan rumah’.

Stadium utama Sukan Olimpik 2012 akan dibina di tempat kelahiran atlet itu.

“Stratford berada dekat dengan kediaman keluarga saya dan ia hanya mengambil masa selama 15 minit untuk ke sana. Di sinilah saya membesar dan menghabiskan kehidupan seharian,” katanya.

– AFP

“Ia mungkin sedikit berlainan untuk berada di atas trek dan bersaing di hadapan penyokong sendiri… Cathy Freeman akan kembali beraksi,” kata Ohuruogu yang merujuk kepada ikon Australia yang berjaya menghasilkan saat hebat apabila memenangi pingat emas 400 meter di Sukan Olimpik Sydney 2000.

Namun bagaimanapun, dia yang mempunyai harapan untuk tampil sebagai atlet penghias poster bagi mempromosikan Sukan Olimpik London berkemungkinan tidak menjadi pilihan tepat kepada Persatuan Olimpik Britain (BOA).

BOA dilihat tidak berminat menggunakan personaliti Ohuruogu sepenuhnya dalam melakukan promosi kerana kedua-duanya tidak mempunyai hubungan rapat.

Kelmarin, Ohuruogu menghasilkan larian yang cukup hebat bagi menyingkirkan atlet pilihan utama acara tersebut, Sanya Richards.

Jaguh baru 400 meter itu masih menanti keputusan rayuannya terhadap BOA mengenai penyertaan di Sukan Olimpik.

Undang-undang BOA menghalang mana-mana atlet yang pernah melanggar peraturan ujian doping untuk mewakili Great Britain di Sukan Olimpik.

Ohuruogu yang merupakan salah seorang daripada 10 atlet Great Britain berketurunan Nigeria masih menunggu keputusan rayuan terhadap penggantungan panjang kerana gagal dalam tiga ujian dadah sebelum ini.

“Saya ialah seorang pejuang dan akan sentiasa bertarung sehingga tamat. Perkara seumpama ini telah saya peroleh sejak zaman kanak-kanak lagi dan ia menjadikan saya kini seorang yang kuat,” kata Ohuruogu.

Utusan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: