Rombak Program Latihan

Oleh Bazly Azmi
bazly@hmetro.com.my

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) dijadual selesai merombak struktur program dalam tempoh tiga minggu lagi sebelum menentukan kedudukan senarai jurulatih skuad kebangsaan bagi Program Olimpik 2012.

Ketika ini, antara program utama digunakan BAM termasuk Program Olimpik Beijing dan Pelapis Projek 2010.

Namun, keberkesanan program semasa perlu dikaji semula tatkala hanya sebutir perak dijelmakan perseorangan negara, Lee Choong Wei pada Sukan Olimpik Beijing, Ahad lalu.

Setiausaha Kehormat BAM, Ganga Rao berkata, ketika ini pihaknya sedang menunggu kepulangan pegawai Majlis Sukan Negara (MSN) bagi menjalankan ‘post-mortem’ Beijing untuk diajukan kepada Jawatankuasa Teknikal dan Kejurulatihan BAM sebelum sebarang keputusan dibuat Mesyuarat Exco BAM.

“Kami akan mengkaji keberkesanan program digunakan dalam tempoh empat tahun lalu dengan meminta pandangan jurulatih dan pegawai MSN sebagai asas Program 2012.

“Saya fikir, program terdahulu menghadirkan kejayaan besar menerusi Choong Wei kerana cabaran rata-rata pemain negara terkandas pada pusingan awal di Athens. Malah , kejayaan itu menyaksikan BAM berjaya mencapai sasaran sebarang pingat di Beijing,” katanya.

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: