AS Mara Ke Akhir Bola Tampar Wanita

BEIJING – Pasukan bola tampar wanita Amerika Syarikat (AS) menundukkan Cuba 3-0 untuk melayakkan diri ke pusingan akhir Sukan Olimpik selepas tewas kepada pasukan sama pada pusingan kelayakan.

Pemain Cuba dilihat bersedih dan duduk untuk beberapa minit selepas kalah pada pusingan separuh akhir dengan mata 25-20 25-16 dan 25-17.

”Selepas kalah dengan Cuba sebelum ini, kami mengambil langkah untuk tidak bermain pada tahap dan corak yang serupa.

”Kami berharap dapat bangkit dan mencatat keputusan yang sama pada perlawanan akhir nanti,” kata Kim Willoughby yang memperoleh tiga mata akhir daripada rejaman bertenaga.

Pasukan Cuba yang memenangi pingat gangsa empat tahun lalu banyak membuat kesilapan sendiri terutama pada set ketiga dengan kerap memukul bola yang gagal melepasi jaring.

Di samping itu, pertahanan kental dan serangan bertenaga yang dipamerkan pemain AS sendiri menyukarkan Cuba untuk memberikan tentangan.

– Reuters

Utusan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: