AS Pertahan Emas Bola Sepak Wanita


Erika (kiri) dari Brazil menanduk bola dari jangkauan Amy Rodriguez pada perlawanan akhir bola sepak wanita Olimpik di Beijing, semalam. – Reuters

BEIJING – Amerika Syarikat (AS) mempertahankan pingat emas acara bola sepak wanita Sukan Olimpik selepas menewaskan Brazil 1-0 pada perlawanan akhir yang berlanjutan hingga ke masa tambahan di Stadium Pekerja di sini, semalam.

Carli Lloyd muncul wira AS apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-96 masa tambahan untuk memusnahkan impian besar Brazil meraih emas Olimpik pertama mereka.

Walaupun menguasai sebahagian besar permainan, Brazil gagal menembusi kubu pertahanan AS yang kental bertahan sepanjang perlawanan itu.

Strategi melakukan serangan balas pantas ternyata membawa tuah buat AS untuk mengulangi pencapaian sama menewaskan Brazil di Athens empat tahun lalu.

Mereka bertindak pantas di atas setiap kesilapan atau kehilangan bola yang dilakukan Brazil untuk mengimbangi corak menyerang lawan.

Dengan diketuai penyerang lincah seperti Marta dan Cristiane, Brazil memperoleh banyak peluang untuk menjaringkan gol.

Sehinggalah Lloyd menamatkan sisa-sisa perjuangan Brazil dengan gol kemenangan menerusi satu sepakan dari luar kotak penalti yang cantik.

Sementara itu dalam penentuan pingat gangsa, Jerman menewaskan Jepun 2-0 untuk mencipta pencapaian sama dalam tiga Olimpik berturut-turut.

– AFP

Utusan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: