Atlet Jamaica Sapu Bersih Acara Pecut


Veronica Campbell Brown dari Jamaica mendepa tangan selepas memenangi emas 200m wanita Sukan Olimpik Beijing, semalam. – AFP

BEIJING – Buat pertama kali dalam sejarah Olimpik, atlet Jamaica menguasai sepenuhnya acara pecut olahraga lelaki dan wanita dengan memalukan atlet Amerika Syarikat (AS).

Veronica Campbell-Brown menjadi atlet pecut terakhir yang menyumbang pingat emas buat Jamaica apabila menjuarai acara 200 meter wanita semalam.

Sebelum ini, acara pecut 100 dan 200 meter lelaki dikuasai Usain Bolt manakala 100 meter wanita menjadi milik, Shelly-Ann Fraser.

Kejayaan Jamaica itu menyaksikan AS terpaksa pulang tanpa satu pun pingat emas acara pecut buat kali pertama sejak 1980 ketika memboikot temasya di Moscow.

Hakikatnya AS pulang dengan tangan kosong kali ini selepas tidak pernah ketinggalan memenangi emas acara pecut sejak 28 tahun lalu.

Lebih memeritkan, kuartet 4x100m lelaki dan wanita AS menambah parah luka mereka apabila kedua-duanya terkeluar seawal pusingan kelayakan semalam selepas terjatuh baton ketika berlari.

Di sebalik kejayaan gemilang Jamaica, Cuba juga punya sebab untuk bergembira semalam apabila atletnya, Dayron Robles menjuarai acara 110 meter lari berpagar dengan 12.93s tanpa pencabar utamanya dari China, Lui Xiang yang cedera.

AS pula memperoleh sedikit penawar semalam apabila LaShawn Merritt menjuarai acara 400m lelaki dengan menewaskan rakan senegara yang juga juara dunia, Jeremy Wariner. Merritt mencatat masa 43.75s

Juara dunia dari Portugal, Nelson Evora juga menang emas acara lompat kijang lelaki dengan melompat sejauh 17.67 meter manakala perejam lembing wanita Republik Czech, Barbora Spotakova menang emas dengan catatan 71.42 meter.

– Reuters

Utusan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: