Emas Sinari Bola Tampar Pantai Pasukan AS

22/08/2008 4:08pm

BEIJING 22 Ogos – Keadaan cuaca China hari ini yang seakan-akan California membuatkan pasangan Todd Rogers dan Phil Dalhausser merasa bagai bermain di tempat sendiri apabila menguasai perlawanan akhir bola tampar pantai.

Dalam keterikan matahari di lokasi Olimpik Beijing yang terletak beratus-ratus kilometer jauh daripada pantai sebenar, pasangan Amerika Syarikat (AS) tersebut menga lahkan Fabio dan Marcio dari Brazil dengan kutipan mata 23-21, 17-21 dan 15-4 untuk emas.

Kejayaan emas AS itu hanya sehari selepas Kerri Walsh dan Misty May-Treanor berjuang dalam hujan lebat untuk memenangi emas kedua. -AP

Utusan Malaysia

Leave a comment