Juara Dunia Ungguli Jalan Kaki Wanita

Olga Kaniskina

Juara dunia dari Rusia, Olga Kaniskina mendahului hampir keseluruhan perlumbaan sebelum memenangi emas dalam acara 20 kilometer jalan kaki Sukan Olimpik, semalam.

Dalam keadaan cuaca hujan di Stadium Nasional, Kaniskina tetap mendominasi padang dan mencatat rekod Olimpik dengan satu jam, 26.31 minit.

Atlet Norway, Kjersti Platzer menambah koleksi pingat perak selepas memenanginya pada Olimpik Sydney 2000 dengan catatan masa 0.36 saat dan dibelakangnya peserta Itali, Elisa Riguado mendapat gangsa dengan 0.05 di belakang.

Juara bertahan dari Greece, Athanasia Tsoumeleka hanya mencatat tempat kesembilan dengan masa 1:27.54.

Kaniskina yang berusia 23 tahun itu berkata, dia tidak dapat memecah rekod dunia yang dicipta Ivanova adalah kerana cuaca hujan.

Kaniskina ketinggalan pada mulanya tetapi mula bersaing pada akhir perlumbaan.

Selepas lapan kilometer, dia mendahului 41 saat kumpulan lapan peserta iaitu Platzer, atlet Rusia, Tatyana Kalmykova dan Ryta Turava dari Belarus .

Kaniskina menghabiskan 12 kilometer dengan 51 minit 19 minit dan 48 saat di hadapan Turava sementara Platzer dan atlet Sepanyol, Maria Vasco saling kejar-mengejar untuk tempat ketiga.

Kalmykova dan atlet China, Yang Mingxia pula diberi kad merah dan dibatalkan kerana teknik jalan yang salah.

Kaniskina menghabiskan 16 kilometer dengan catatan masa satu jam, 8 minit dan 31 saat, satu minit di hadapan Turava.

– AFP

Utusan Malaysia

Leave a comment