Komen Olimpik 22/08/08

BENTUK latihan hendaklah melibatkan ketahanan mental dan fizikal, sukan yang disertai hendaklah sesuai dan ada harapan untuk meraih pingat.

Perbanyakkan pusat-pusat latihan sukan di semua peringkat daerah malah di peringkat prasekolah juga perlu aktif.

A.RAHMAN A.HAMID Dili, Timor Leste

TAHNIAH kepada yang berjaya… tingkatkan usaha, jangan cepat berpuas hati kerana ada negara yang lebih teruk daripada kita tetapi masih berjaya mengharumkan nama negara mereka.

HISHAMUDDIN MOKHTAR Kuantan

BADMINTON negara kita perlu meningkatkan latihan. Skuad badminton kita ada potensi, jadi kita perlu lebih berusaha. Kita boleh berjaya, saya yakin.

AZZAD ADNAN Bayan Lepas, Pulau Pinang

HARAP selepas ini lebih banyak tumpuan diberikan kepada acara berpotensi tetapi tidak memerlukan fizikal yang terlalu tinggi seperti memanah dan menembak.

MAZLINA PUTEH Klang, Selangor

SAYA berdoa semoga skuasy dapat menjadi acara Sukan Olimpik pada suatu hari nanti. Ketika itu peluang Malaysia untuk memenangi pingat akan lebih besar dan tidak terlalu bergantung kepada badminton.

HAZRIATI ABDUL HAMID Puchong, Selangor

KEJAYAAN Lee Chong Wei memenangi pingat perak mengubat hati rakyat Malaysia kerana jika dia tidak menang kita mungkin menamatkan Sukan Olimpik dengan tangan kosong buat tahun ke-12.

HAZLIZA ADNAN Subang, Selangor

Utusan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: