Laut Bergelora Bukan Penghalang

QINGDAO – Pelayar Sepanyol, Fernando Echavarri dan Anton Paz mengetepikan perasaan gementar menghadapi laut bergelora untuk memenangi pingat emas dalam acara Tornado, semalam.

Acara tersebut berkemungkinan akan menjadi kali terakhir dipertandingkan di Sukan Olimpik.

Pelayar Australia, Darren Bundock dan Glenn Ashby memperoleh perak, sementara wakil Argentina, Santiago Lange serta Carlos Espinola menduduki tempat ketiga bagi acara tersebut.

Pasangan juara dari Sepanyol yang hanya menduduki tangga kelapan di Sukan Olimpik Athens empat tahun lalu berjaya mengatasi pesaing dari Australia dengan perbezaan tiga mata untuk persaingan memperoleh pingat emas.

“Selepas 10 tahun berlatih, kami akhirnya memperoleh pingat pertama di Sukan Olimpik. Kami merasakan bahawa nasib telah menyebelahi kami di sini.

“Kami pernah memenangi banyak kejuaraan dan mencipta kejayaan dalam perlumbaan perahu. Tetapi, kemenangan ini terlalu berharga dan penting berbanding kejayaan sebelum ini,” kata Echavarri kepada pemberita.

Bundock yang pernah memenangi pingat perak dalam acara Tornado Sukan Olimpik tahun 2000 bersama John Forbes berkata, permulaan persaingan yang dicemari dengan malapetaka benar-benar telah menjadikan kemenangan tersebut begitu bermakna kepada mereka.

– Reuters

Utusan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: