Perlawanan Amal Buat Misbun

Ismail Sabri Yaakob melawat isteri Misbun Sidek, Latifah Sidek yang menjalani rawatan hemodialisis di Hospital Tawakal, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR – Terhutang budi dengan sumbangan dan pengorbanan yang dicurahkan Misbun Sidek, Lee Chong Wei merancang untuk mengadakan perlawanan amal buat jurulatihnya.

Katanya, perlawanan itu bertujuan untuk mengutip derma bagi mengurangkan beban jurulatihnya, yang kini sedang berdepan detik sukar, di mana isterinya sedang menderita sakit buah pinggang.

Isteri Misbun, Latifah Sidek memerlukan kos rawatan dianggarkan RM150,000 di China.

Menurut pemenang pingat perak Sukan Olimpik Beijing itu, dia bercadang untuk mengadakan perlawanan di Pulau Pinang, namun masih belum memutuskan tarikh dan lokasi pertandingan.

“Saya amat terhutang budi dengan sumbangan dan pengorbanan besar yang dicurahkan oleh Misbun selama ini, jadi saya mahu membantunya dengan cara saya.

“Mungkin dengan mengadakan perlawanan pertunjukan dapat mengurangkan sedikit beban yang ditanggung, saya sedang merancangnya dan harap ia dapat dilaksanakan dalam beberapa hari ini sebelum saya bercuti,” kata Chong Wei, yang turut menyumbangkan RM5,000 untuk mangsa gempa bumi di wilayah Sichuan, China.

Menurut Chong Wei, dia merancang untuk membawa keluarga bercuti ke luar negara bagi merehatkan diri selepas bertahun-tahun mengharungi jadual pertandingan yang padat, terutama dalam persiapan menghadapi Olimpik.

Namun, dia hanya akan meneruskan hasrat tersebut selepas menyelesaikan beberapa perkara penting di tanah air, termasuk mengadakan perlawanan buat Misbun.

Semalam, Chong Wei turut mengiringi lawatan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong melawat isteri Misbun, Latifah Sidek di hospital.

Ismail Sabri ketika bercakap kepada Bernama berkata, mengumumkan derma sebanyak RM50,000 daripada tabung Yayasan Kebajikan Atlet untuk membantu Latifah.

Sumbangan RM50,000 itu adalah sebahagian daripada usaha kementerian untuk membantu isteri Misbun mendapatkan rawatan pemindahan buah pinggang yang mungkin dilakukan di China dalam masa terdekat, katanya.

Ismail Sabri berkata, kementerian tidak pernah mengabaikan kebajikan anggota keluarga atlet dan jurulatih.

Mengenai ganjaran kepada Misbun yang berjaya melatih Chong Wei sehingga menggenggam pingat perak Olimpik, Ismail Sabri berkata, jurulatih itu akan mendapat 20 peratus atau RM60,000 daripada jumlah RM300,000 yang diperoleh Chong Wei, sebagai ganjaran daripada MSN.

“Tanpa jurulatih, atlet tidak akan berjaya begitu juga kejayaan Chong Wei merangkul perak di Sukan Olimpik Beijing adalah hasil tunjuk ajar jurulatihnya, Misbun,” katanya.

Utusan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: