Selangor Juga Janji Ganjaran

SHAH ALAM – Pemain Selangor yang bakal beraksi di perlawanan akhir Piala Malaysia esok bakal menerima ganjaran dari kerajaan negeri jika berjaya menjulang piala berprestij itu.

Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) berkata, ganjaran yang bakal diterima oleh pemain Selangor hanya akan diumumkan selepas perlawanan tersebut.

”Kita sudah mengenal pasti beberapa syarikat besar yang bukan milik kerajaan negeri untuk menjadi penyumbang utama bagi wang ganjaran pemain jika mereka menang dalam perlawanan akhir esok,” kata Khalid dalam Majlis Makan Tengah Hari bersama pemain Selangor di kediaman rasminya semalam.

Jelasnya, beberapa orang ketua pegawai eksekutif syarikat besar akan dijemput untuk menyaksikan perlawanan akhir esok dan mereka akan menilai sendiri prestasi pemain sebelum memberi habuan seperti yang dijanjikan.

”Kita mahu mengubah tradisi, tidak mahu mengumumkan soal ganjaran sebelum pemain beraksi dan mengukir kejayaan.

”Jika berjanji itu dan ini sebelum perlawanan tetapi tidak mampu untuk menunaikan kepada pemain selepas kejayaan juga akan membawa lebih masalah kepada pasukan,” kata Khalid.

Dalam pada itu, Khalid menyeru pemain Red Giants meniru semangat atlet yang beraksi di Sukan Olimpik Beijing jika mahu merampas Piala Malaysia di tangan pasukan Kedah.

”Lihat bertapa istimewanya kejayaan di Sukan Olimpik, semua mahukan kemenangan, begitu juga Selangor hanya kemenangan dapat mengubat kerinduan peminat-peminat Selangor.

”Walaupun bola sepak di negara kita agak menurun akibat saingan dari liga Eropah dan tidak mendapat perhatian dari syarikat besar untuk menaja pasukan, saya yakin sikap profesional pemain mampu untuk menaikan kembali martabat bola sepak negara di persada antarabangsa,” katanya.

Tambahnya, pemain harus menunjukkan permainan yang mantap dan semangat yang jitu bukan selepas tamat perlawanan Piala Malaysia tetapi terus-menerus pada masa akan datang.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Presiden, Datuk Mokhtar Ahmad, Setiausaha Agung FAS, Hamidin Mohd. Amin, Pengurus Pasukan, Zakaria Ab. Rahim dan jurulatih Red Giants Dollah Salleh.

Utusan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: