AS Genggam Emas Bola Tampar Pantai

KEADAAN cuaca China semalam yang seakan-akan California membuatkan pasangan Todd Rogers dan Phil Dalhausser merasa bagaikan bermain di tempat sendiri apabila menguasai perlawanan akhir bola tampar pantai semalam.

Dalam keterikan matahari di lokasi Olimpik Beijing yang terletak beratus-ratus kilometer jauh daripada pantai sebenar, pasangan Amerika Syarikat (AS) tersebut mengalahkan Fabio dan Marcio dari Brazil dengan kutipan mata 23-21, 17-21 dan 15-4 untuk emas.

Dalhausser, yang dilahirkan di Switzerland, tinggal di Santa Barbara, California sejak berusia setahun manakala Rogers merupakan anak jati California.

Marcio yang menyatakan tiada apa yang dapat menenangkan mereka mengakui kejayaan pihak lawan.

“Mereka berjaya mengawal seluruh gelanggang dengan baik, terutama semasa detik-detik genting pada set ketiga,” ujarnya.

Kejayaan emas AS itu hanya sehari selepas Kerri Walsh dan Misty May- Treanor berjuang dalam hujan lebat untuk memenangi emas kedua mereka untuk pasukan bola tampar pantai AS.

Pantai paling hampir dengan lokasi Olimpik ialah pantai Beidaihe, Laut Bohai yang terletak di timur Beijing.

Utusan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: