AS Lakukan Post-Mortem Olahraga

AMERIKA Syarikat (AS) akan mengadakan post-mortem terhadap prestasi mengecewakan daripada atlet-atlet olahraga negara itu di Sukan Olimpik Beijing, kata Ketua Pegawai Eksekutif Trek & Padang Amerika Syarikat, Doug Logan.

Katanya, pelari-pelari pecut Amerika Syarikat dilihat jauh tercicir daripada aksi hebat yang ditunjukkan oleh seteru utama negara itu dari Jamaica.

“Sebaik sahaja acara Sukan Olimpik selesai, kami akan mengendalikan kajian semula yang menyeluruh untuk semua acara padang dan trek yang disertai kami,” kata Logan dalam satu kenyataan.

Penyertaan Amerika Syarikat dalam acara olahraga di Sukan Olimpik Beijing ternyata menjadi igauan buruk kepada skuad tersebut di temasya itu.

“Saya bersama semua peminat pasukan Amerika Syarikat begitu kecewa dengan aksi yang ditunjukkan oleh pasukan lari berganti-ganti kami,” kata Logan selepas pasukan 4×100 meter lelaki dan wanita negara itu memulakan persaingan saringan lari berganti-ganti.

Logan berkata, satu kaji selidik terperinci akan dilakukan bagi melihat pencapaian program prestasi tinggi Trek & Padang AS

“Penilaian ini akan menjadi cara kepada kami untuk memilih, melatih dan mengajar pasukan lari berganti-ganti kami,” katanya.

Ia adalah kali pertama sejak 1976 Amerika Syarikat menyertai dan gagal memenangi kejuaraan lari pecut di Sukan Olimpik.

Pasukan olahraga Amerika Syarikat menjadi pendahulu pingat di Sukan Olimpik Athens 2004 dan kejuaraan dunia pada 2005 serta 2007.

Pada acara balapan Sukan Olimpik Beijing, atlet-atlet Jamaica menyapu bersih semua empat acara pecut individu, yang mana ia turut menyaksikan Usain Bolt melakar rekod dunia baru dalam acara 100 dan 200 meter lelaki.

– Reuters

Utusan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: