Bekele: Jagoan Jarak Jauh

ATLET Eithopia, Kenenisa Bekele membida untuk menjadi atlet lelaki pertama dalam tempoh 28 tahun yang memenangi kedua-dua acara 10,000 meter dan 5,000 meter dalam Sukan Olimpik.

Bekele yang memenangi emas keduanya berturut-turut dalam 10,000 meter Sukan Olimpik, Ahad lalu, kini mengejar emas berganda dalam acara 5,000 meter sekali gus menandingi rekod yang dicatat rakan senegaranya, Miruts Yifter di Moscow pada 1980.

Dia mengejar emas untuk acara 5,000 meter kali ini sekali gus menebus pingat perak yang diperolehinya pada Athens 2004 kerana tewas kepada atlet Morocco, Hicham El-Guerrouj.

Antara pencabarnya kali ini ialah atlet Qatar kelahiran Kenya, James Kwalia C’Kurui yang menunjukkan prestasi hebat semasa kelayakan dan seorang lagi ialah atlet Amerika Syarikat (AS) kelahiran Kenya, Bernard Lagat.

Atlet lain yang dijangka memberi saingan untuk Bekele ialah pemenang pusingan kelayakan dari AS, Matthew Tegenkamp, dua pelumba Kenya, Edwin Soi dan Eliud Kipchoge, adik Bekele sendiri, Tariku serta rakan sepasukan Ethiopian, Abreham Cherkos, Eritrean Kidane Tadesse dan Moses Ndiema Kipsiro dari Uganda.

– AFP

Utusan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: