Benitez Cari Inspirasi

RAFAEL BENITEZ

LIVERPOOL, England – Pengurus Liverpool, Rafael Benitez berharap suasana baru yang harmoni di Anfield akan membekalkan semangat kebangkitan apabila menentang Middlesbrough, hari ini.

Benitez juga telah mengadakan perbincangan dengan ketua eksekutif pasukan, Rick Parry mengenai kritikan terhadap kegagalan pasukan itu mendapatkan khidmat pemain tengah Aston Villa, Gareth Barry.

Kedua-duanya telah bersetuju untuk mengeluarkan kenyataan bersama dengan menyatakan mereka boleh melupakan kegagalan mendapat pemain tengah tersebut.

Pengendali dari Sepanyol itu kini dilihat begitu optimistik dan boleh melupakan kemelut yang telah berlaku dalam kelab tersebut sejak 10 bulan lalu.

Cabaran serius yang menimpa pasukan itu telah menjadi kunci utama kepada kestabilan di Anfield.

Ia terbukti apabila pasukan bimbingan Benitez yang terdesak untuk mencipta kejayaan telah menyaksikan pasukan itu berjaya mencatat kemenangan 1-0 ke atas Sunderland pada perlawanan pembukaan Liga Perdana, musim ini.

Liverpool kini dilihat lebih bersemangat untuk terus menambah koleksi kemenangan apabila bertemu pasukan bimbingan Gareth Southgate.

Buat kali pertama pada musim ini, Benitez berjaya menggunakan khidmat pemain sayap Belanda berusia 21 tahun, Ryan Babel, setelah pemain itu sebelum ini bersama pasukan kebangsaannya di Sukan Olimpik Beijing.

Pemain muda Belanda itu yang mula menyertai Liverpool pada pertengahan musim lalu dari Ajax menjadi harapan besar kepada pasukan ternama itu melakukan kejutan pada musim ini.

Babel yang turut mempunyai kebolehan bermain di bahagian serangan bagaimanapun terlepas beraksi di Euro 2008 kerana kecederaan buku lali.

Namun begitu, pemain berbakat itu yakin mampu membuat penambah baik dalam pasukannya itu musim ini.

“Kini, apa yang saya inginkan ialah memberi penumpuan sepenuhnya bagi mendapatkan kembali tahap kecergasan sehingga 100 peratus.

“Selepas itu, kami akan melihat siapakah pemain yang boleh dibawa masuk oleh pengurus pada sesi perpindahan pemain dan apakah peranan saya dalam pasukan ini.

“Namun begitu, ini adalah musim kedua saya di Liverpool dan berharap dapat memberi persembahan ke tahap yang lebih baik,” kata Babel.

Liverpool dijangka lebih bertenaga apabila sekembalinya pemain lain yang masih mempunyai tugas bersama pasukan kebangsaan masing-masing.

Lucas dijangka pulang dari Beijing, selepas Brazil tersingkir daripada persaingan bola sepak Sukan Olimpik dan pemain tengah Argentina, Javier Mascherano yang masih lagi di China bagi membantu negaranya memenangi pingat emas.

– AFP

Utusan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: