Emas BMX Pertama Milik Latvia, Perancis


Maris Strombergs dari Latvia berjaya merangkul emas melalui acara BMX Sukan Olimpik Beijing semalam yang pertama kali diperkenalkan. – Reuters

BEIJING – Emas Olimpik acara BMX yang pertama kali dipertandingkan di Beijing berjaya dirangkul oleh pelumba Latvia, Maris Strombergs dalam perlumbaan yang penuh dengan perlanggaran semalam dengan beberapa pelumba terbabas keluar.

Pelumba Amerika Syarikat, Mike Day mendapat perak manakala rakan senegaranya Donny Robinson, mendapat tempat ketiga untuk gangsa di dalam stadium yang sarat dengan penonton.

Dalam satu kejadian, pelumba Afrika Selatan, Sifiso Nhlapo terbabas dalam lompatan terbesar trek dan melanggar beberapa pelumba lain hingga terbabas.

Nhlapo juga dilanggar di kepala oleh salah satu basikal yang berjaya mengelak daripada terbabas.

Strombergs mendahului sejak awal perlumbaan dan berjaya mengatasi belok dengan selamat manakala Day gagal memotong meskipun mengekori rapat.

Dalam pada itu, kategori wanita pula digondol oleh pelumba Perancis, Anne-Caroline Chausson yang mendapat emas dalam acara berbasikal BMX semalam.

Pelumba senegaranya, Laetitia le Corguille menerima perak manakala Jill Kintner dari Amerika Syarikat mendapat gangsa.

Juara dunia, Shanaze Reade dari Britain hampir-hampir mendapat tempat kedua tetapi berlanggar dengan Chausson di selekoh terakhir dan terbabas keluar dari perlumbaan.

Utusan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: