Jamaica Terus Bolot Acara Pecut


KUARTET 4x100m Jamaica (dari kanan) Usain Bolt, Nesta Carter, Michael Frater dan Asafa Powell berjaya memecahkan rekod dunia acara itu di Stadium Nasional Beijing, semalam. – Reuters

BEIJING – Usain Bolt memenangi pingat emas ketiganya dalam Sukan Olimpik selepas membantu kuartet Jamaica mencatat rekod dunia dalam acara 4×100 meter lari berganti lelaki semalam.

Bolt yang memenangi acara 100m dan 200m akhir dengan rekod dunia sebelum ini, bersama-sama Nesta Carter, Michael Frater dan Asafa Powell mencatat masa 37.10 saat untuk memadam rekod lama yang dilakukan oleh pasukan Amerika Syarikat dalam Kejohanan Dunia 1993.

Trinidad & Tobago di tempat kedua dengan catatan 38.06s manakala Jepun mencatat 38.15s untuk tempat ketiga.

Acara lompat bergalah lelaki pula menyaksikan Steve Hooker dari Australia mencatatkan rekod Olimpik 5.96 meter untuk memenangi pingat emas.

Atlet berusia 26 tahun yang merupakan juara Sukan Komanwel di Melbourne 2006 memenangi acara tersebut selepas dia melakukan lompatan 5.90m bagi cubaan ketiga.

Dia kemudiannya memecahkan rekod Olimpik yang dicatatkan Tim Mack dari Amerika Syarikat 5.59m di Athens 2004.

Atlet Rusia Evgeny Lukyanenko memperoleh pingat perak dengan lompatan 5.85m dan Denys Yurchenko dari Ukraine memenangi pingat gangsa, 5.70m dengan kiraan semula.

Sementara itu dua gol jaringan Jo dan Diego membolehkan Brazil menang 3-0 ke atas Belgium sekali gus memenangi pingat gangsa dalam acara bola sepak lelaki.

Diego menjaringkan gol pada minit ke-27 selepas dia berjaya memperdayakan pertahanan Belgium, Tom de Mul dengan menyambar hantaran dari Rafinha untuk menewaskan penjaga gol Logan Bailly.

Jo, yang bermain menggantikan Thiago Neves dikenakan kad merah, menjaringkan gol kedua sebelum separuh masa pertama, dan menambah satu lagi gol di masa kecederaan.

– Agensi

Utusan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: